Hukum membunuh cicak adalah Sunat seperti mana dalam hadis.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa
yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100
kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya
kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali
pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.” Riwayat Muslim.
Dalam hadis lain
Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah
r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada
lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda
lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami
gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w
menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada
binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya
melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu
Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.
Hukum Membunuh Cicak
20.57
Unknown
Posted in
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
No Response to "Hukum Membunuh Cicak"
Posting Komentar